Tuesday, September 15, 2009

KEGAGALAN SAHABAT KEJAYAAN?...


Salam ceria sihat kaya bahagia,

Semua orang ingin berjaya dalam hidup. Berjaya di dalam apa juga yang menjadi cita-cita mereka. Ukuran kejayaan juga berbeza antara seorang dengan yang lain. Hidup ini umpama mengejar kejayaan. Sebab itu manusia tidak pernah puas untuk mencapai kejayaan. Sebesar mana pun kejayaan yang telah dicapai tetap ada lagi kejayaan baru yang ingin dicapai.

Apa yang menarik kejayaan, sebenarnya adalah kejayaan-kejayaan terdahulu. Tidak ada kejayaan tanpa dimulai dengan kejayaan-kejayaan 'awal' terlebih dahulu. Kalau begitu apakah sebenarnya permulaan kejayaan?....

Kalaulah ada ‘benih kejayaan’, ia tentunya adalah ‘Impian’(kemahuan). Bermula dengan ‘kejayaan menanam kemahuan', diikuti dengan ‘kejayaan’ menguasai ilmu serta kemahiran, seterusnya kejayaan memulakan usaha, ia akan tumbuh subur hingga akhirnya membuahkan ‘kejayaan’ mencapai ‘impian’. Ia tidak akan berhenti setakat itu sahaja, ia pastinya akan menghasilkan lebih banyak ‘benih-benih kejayaan’ baru dan begitulah seterusnya(sebagaimana maksud DOA DIMULIAKAN). Adakah ianya begitu mudah?

Sebagaimana sepohon pokok yang tumbuh subur, tentunya ia perlu dijaga dan baja dengan sempurna mengikut aturan dan ukuran yang ‘tepat dan tetap’. Sudah tentu proses 'maintain kesuburan' itu memenatkan, perlu kesabaran dan ketekunan tambahan pula ‘baja’ yang diperlukan itu biasanya kotor dan busuk. Kepenatan dan baja yang busuk itulah 'kegagalan'.Kegagalan yang tidak terkendali (melampau/berlebihan) mampu membunuh pohon kejayaan(seperti pohon yang mati kerana terlebih bubuh baja).

Sebab itu ‘Kegagalan’ selalunya menjadi 'musuh ketat' kepada orang yang ingin berjaya, sedangkan ia adalah sahabat atau pasangan yang menjadi 'baja' kepada ‘kejayaan’. Lalu bagaimana kita harus mengendalikan kedua-duanya?

Aduh.... pening juga memikirkannya ye....

Sudah banyak kita membaca tip-tip motivasi untuk berjaya. Panduan-panduan dari sudut pengurusan teknikal dalam sesuatu 'projek' hingga mendapat pengiktirafan dengan keputusan cemerlang. Dengan persediaan yang 'nampaknya' begitu rapi, adakah ia mampu menjanjikan kejayaan?....

Hakikatnya segala yang telah dibincangkan di atas hanya memenuhi 10% sahaja prasyarat untuk berjaya?...begitu kecil?...ya..lalu selebihnya apa?...

Oleh kerana masih ramai yang tidak mengetahui atau gagal mengamalkan rahsia 90% yang menentukan kejayaan, maka ramai yang gagal berkali-kali, akhirnya putus asa(kegagalan menjadi baja yg membunuh pohon kejayaan) untuk meneruskan 'impian'.

Kita sambung lagi ye....
Sementara itu sesiapa yg mengetahui 'rahsia 90%' tu bolehlah share dulu....(berkongsi ilmu).

Tuesday, September 8, 2009

3 PERINGKAT DOA (sambungan 3)


Salam ceria sihat kaya bahagia,

Alhamdulillah syukur, dapat kita meneruskan ibadah puasa dengan aman selesa, cuma terganggu sedikit oleh H1N1 yang tentunya ada hikmah yang patut kita fahami dan syukuri.(tiada sesuatu apa pun yang Allah jadikan sia-sia, bagi orang-orang yang mahu berfikir...).

Kita sambung lagi, 3 PERINGKAT DOA;
Peringkat ke 3:

Doa dimuliakan.
Setelah Allah sempurnakan doa kita(kita mencapai kejayaan)kita semestinyalah menunaikan tanggungjawab seterusnya, seperti membayar zakat, bersedekah, menolong dan menghargai orang-orang yang sepatutnya dan yang lebih penting juga melaburkan sebahagian rezki itu kepada keperluan pembiayaan pengurusan sumber rezki asal(walau pun makan gaji).

Doa kita sudah dimuliakan bermaksud;
Contohnya dalam perniagaan apabila perniagaan tersebut sudah stabil dan berkembang dengan 'sendirinya'. Memberi manfaat kepada ramai orang, ia juga menjadi seperti 'paip rezeki' yang terus mengalir hingga ke anak cucu dan menjadi 'harta jariah' saham akhirat.

Kesan doa dimuliakan apabila di dunia pun kita mendapat pujian dan penghargaan. Mudah-mudahan berlebihan lagi di akhirat hendaknya. Bukankah kita hidup sementara sahaja di dunia ini untuk mencari bekal sebanyak-banyaknya. Maka jadikanlah setiap usaha kita adalah ibadah hanya dengan niat 'Bismillah....' dengan ikhlas untuk membantu sesama makhluk Tuhan(kita adalah Khalifah) kerana Allah, hati kita akan tenang, sentiasa bersemangat, terasa bantuan Allah pasti ada dan jika belum berjaya kita yakin Allah menghendaki yang lebih baik untuk kita. Bukankah pemikiran kita menjadi sentiasa positif dan emosi akan tenang penuh keyakinan yang menurut ilmuan barat melalui hukum 'LOW OF ATTRACTION' akan menjanjikan kejeyaan?

Dengan memahami hukum 'L.O.A' bukankah kita sepatutnya bertambah ghairah untuk kembali mendalami dan menghayati Al Quran dan Hadis. Bukankah 'Idola' terhebat kita sepatutnya adalah Rasullullah SAW dan Sunnahnya patut menjadi amalan kita juga...

Kesimpulannya kita patut berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh dengan ikhlas dan penuh tawakal untuk mencapai tahap tertinggi sehingga doa kita DIMULIAKAN.

Semoga umat Islam kembali 'hebat' memakmurkan dunia yang semakin tenat. Amin....

Thursday, September 3, 2009

3 PERINGKAT DOA (sambungan)


Salam ceria sihat kaya bahagia,

Peringkat ke dua,
Doa disempurnakan.

Setiap doa 'menunggu' untuk disempurnakan, bermaksud kita akan mencapai atau memperolehi apa yang kita hajatkan bersesuaian dengan diri kita sendiri (yang terbaik untuk kita). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana, Ia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya.
”.....kamu menyukai sesuatu mungkin ia buruk bagi kamu, kita membenci sesuatu padahal itu lebih baik bagimu.........”. Hendaknya kita sentiasa bersyukur dan bertawal kepada Allah, walau apa pun yang kita terima. Bila kita bersyukur dan 'pasrah', pasti Allah membantu mencukupi segala keperluan dan dikurniakan ’rezeki yang tidak disangka-sangka’ yang lebih baik lagi. Itulah janji Allah kepada hambanya yang sentiasa bersykur.

Maka apabila kita benar-benar memahami ’konsep penyempurnaan doa’ seharusnya kita akan lebih gigih berusaha, meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kelemahan yang ada bagi mematuhi hukum ’Qadak dan Qadar’. Kita berusaha dengan penuh keyakinan dengan penuh keikhlasan bahawa kita pasti akan berjaya mencapai apa yang kita doakan(kita juga akan lebih 'kusyuk' bila berdoa, tidak seperti kebanyakan 'makmum' yang tidak memahami doa Imam). Bertepatan (dibuktikan) oleh ’Low of attracktion’ yang mengatakan ’kemiripan akan menarik kemiripan’. Perasaan (emosi) gembira akan menarik lebih banyak perkara-perkara yang menggembirakan dan begitulah sebaliknya apabila kita banyak mengeluh dan merungut akan menarik lebih banyak kekusutan dan masalah dalam hidup.

Bukankah Islam telah menyediakan panduan hidup yang amat sempurna melalui Al Quran dan Sunnah Rasullullah yang mana ia sebahagian dari Rukun Iman. Ia menjadi dasar kesempurnaan Iman umat Islam. Bagaimana dengan diri kita?....

Semoga kita tergolong hamba-hambaNya yang sentiasa mendapat taufik dan hidayahNya. Perbanyakkan beristighfar, memaafkan, sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang berlaku kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya. Dengan itu hati kita akan sentiasa ’tenang dan gembira’ yang pastinya akan menarik lebih banyak ’kesempurnaan hidup’ yang menjadi ’fitrah sebenar’ semua umat manusia. Amin.

Monday, August 31, 2009

3 PERINGKAT DOA


Salam ceria sihat kaya bahagia,

..."demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal saleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran..."

Maha benar, Allah maha kaya, benar Allah maha Pemurah (...mintalah kepadaku, nescaya akan Ku tunaikan....), benar, Allah maha Pengurnia. Sememangnya setiap permintaan hambanya pasti akan ditunaikan, tidak kira orang-orang yang taat perintahNya, bahkan juga orang-orang yang ingkar perintahNya.

Malangnya ramai umat Islam sendiri yang seperti tidak percaya, tidak yakin malah sering mengeluh dan melakukan perkara-perkara yang sebenarnya semakin menjauhkan dirinya dari mencapai apa yang di inginkan.

Bukankah dalam 6 rukun Iman sudah dijelaskan prinsipnya. Sementara peraturan atau tunjuk jalan sudah dijelaskan dalam 5 rukun Islam. Masalahnya adakah kita sebagai umat Islam benar-benar memahami maksud dan pedoman yang tersurat dan tersirat?

Cuba kita renungkan dan fahami 3 peringkat doa berikut:-

Peringkat pertama,

Doa dikabulkan. Apa pun yang berlaku kepada kita sebelum kita mencapai sesuatu 'hajat', ia adalah 'proses pengkabulan' doa. Sebab itu semestinya kita bersyukur, redha dan terus memperbaiki usaha kita. Agar hajat kita lebih cepat kita terima. Bukankah kita percaya hukum Qadak dan Qadar, yang mana segala sesuatu itu telah di tetapkan peraturannya(sistem). Mengikut pengalaman pergaulan dan melalui program MENTOR SIHAT KAYA BAHAGIA, selama ini ramai antara kita hanya tahu menyebut dan makna Qadak dan Qadar, tetapi tidak memahami sebenar-benarnya pengertian dan kaitannya dengan ilmu sains yang luas. Kita sememangnya mampu menjadi lebih hebat bila kita memahaminya.

Peringkat kedua,
Doa disempurnakan.

Peringkat ketiga,
Doa dimuliakan.

Dua topik ini, Insyaallah akan saya sambung kemudian ye....

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Saturday, August 22, 2009

TIGA JENIS REZEKI (sambungan)......


Salam ceria sihat kaya bahagia,

Masih awal lagi untuk saya mengucapkan SALAM RAMADHAN AL MUBARAK dengan ungkapan doa,
"...Ya Allah pilihlah kami sebagai tetamu RamadhanMu, kurniakan kami rahmat dan maghrifah, titiskan dari mata kami air mata taubat, alunkan lidah kami dengan dendangan Tadarus, selimuti malam kami dengan Tarawih berbantal Tahajud dan Hajat. Moga kami mewarisi AL JANNAH... Jadikanlah setiap Ramadhan hari-hari yang semakin baik bagi kami, bagi membina kekuatan meneruskan PERJUANGAN RASULLULLAH SAW. Amin..."

Kita sambung topik Rezeki yang ke tiga:-

Rezeki yang dijanjikan,

Setiap kali kita berdoa, meminta perkara yang baik, Allah menjanjikan pahala.
Setiap kali kita berusaha melaksanakan kerja-kerja yang baik dengan nama dan kerana Allah, Allah menjanjikan pahala.
Setiap kali kita bermuhasabah, berfikir dan mengkaji untuk terus berusaha dengan sabar, walaupun berkali-kali belum berjaya, Allah tetap menjanjikan pahala.

Ganjaran "PAHALA" itulah sebenarnya 'REZEKI YANG DIJANJIKAN'. Rezeki yang menjadi bekalan di Akhirat. Betapa Allah maha Pemurah, Pengasih lagi maha Penyayang.
Bukankah umat Islam patut menjadi umat paling HEBAT dan paling CEMERLANG dalam berusaha dan menghasilkan sesuatu?....

Walau apa pun yang kita usahakan, biar belum pernah berjaya, asal SABAR dengan NIAT IKHLAS kerana Allah, kita sudah dianugerahkan REZEKI YANG DIJANJIKAN. Tentulah ia menjadi dorongan yang kuat untuk berjaya. Tambahan lagi tentu kita akan dapat melakukan sesuatu dengan penuh yakin, sabar dan 'tenang'(pasrah) yang sebenarnya menjadi 'kunci' terpenting untuk berjaya(akan dihuraikan dalam topik 'tiga kunci kejayaan'(Insyaallah, amin).

Maka andaikata kita tahu ajal kita akan tiba hari esok, sekiranya hari ini kita diberi satu benih yang baik, hendaklah bersegera menanamnya dengan sebaik mungkin, walaupun kita sudah tahu pasti tidak akan dapat menikmati hasilnya, tetapi Allah pasti mengurniakan 'REZEKI YANG DIJANJIKAN'.

Mudah-mudahan umat Islam seluruh dunia kembali mengkaji dan menghayati PANDUAN dan PEDOMAN teragung iaitu AL QURAN dan SUNNAH RASULLULLAH SAW. Kita mesti mengamalkan kembali 'GEDUNG ILMU' milik kita yang selama ini dimanfaat oleh musuh-musuh kita malah untuk melemahkan kita tanpa kita sedari.

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Wednesday, August 19, 2009

TIGA JENIS REZEKI?....(sambungan)


Salam ceria sihat kaya bahagaia,

Kedua;
Rezeki yang digantung(ditangguhkan)

Sesungguhnya Allah maha Kaya, maha Pemurah, lagi maha Pengurnia,"....mintalah kepadaKu, nescaya Aku tunaikan....".

Apa sahaja yang kita minta, apa sahaja yang mampu kita fikirkan pasti akan Allah kurniakan(izinkan). Perlu diingat Allah telah mengatur segala sesuatu itu begitu sempurna aturannya mengikut hukum Qadak dan Qadar yang menjadi salah satu daripada rukun Imaan.

Rezeki yang digantung bermaksud, sesuatu yang kita minta(hajatkan) masih belum kita perolehi. Sebagaimana telah dijelaskan di atas, Allah telah mengatur segalanya mengikut aturan ditetapkan. Kita mestilah belajar(mengetahui) dan berusaha untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan itu untuk mencapai apa sahaja yang kita inginkan. Selagi kita tidak menepati aturan(hukum/formula), kita tidak akan memperoleh apa yang kita hajatkan, itulah maksud 'rezeki yang digantung' atau belum ditunaikan. Asal kita tidak berputus asa untuk terus mengkaji dan berusaha untuk 'menepati aturanNya' kita pasti akan berjaya.

Kesimpulannya berapa banyak dan berapa canggih pun rekaan manusia itu, sebenarnya bukan 'ciptaan' manusia(yang mencipta hanya Allah). Kita hanya mengubahsuai dari sesuatu yang sedia(ciptaan Allah) ada.

Dengan memahami fakta ini, sepatutnya tiada istilah 'putus asa' dalam kamus hidup kita. Kita akan lebih bersemangat, lebih bersyukur dan lebih 'pasrah'. Yang mana sifat-sifat tersebut sebenarnya 'kunci terpenting' untuk berjaya(akan diulas dalam topik 'tiga kunci kejayaan').

Kita sambung lagi untuk mengetahui 'Rezeki yang dijanjikan'(Insyaallah).
Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Sunday, August 16, 2009

TIGA JENIS REZEKI?....


Salam ceria sihat kaya bahagia,

Secara umumnya ada tiga jenis REZEKI yang Allah kurniakan untuk kita.

Pertama;-
Rezeki yang dijamin.

- Maksudnya, Allah telah menyediakan rezeki kepada setiap makhluknya. Setiap makhluk yang Allah ciptakan telah tersedia SUMBER REZEKI, berbeza-beza dan menjadi 'rantai makanan' dengan 'sistem' yang amat sempurna yang telah ditetapkan. Segalanya 'patuh' bahkan mesti patuh kepada sistem(hukum Qadak dan Qadar). Agar kelangsungan kehidupan seluruh alam berjalan dengan sempurna.

Ramai antara kita yang salah faham maksud Allah jamin 'rezeki' setiap makhluknya, hingga timbul soalan kenapa ada manusia yang fakir malah ada yang kebuluran? Sesungguhnya rezeki setiap makhluk telah tersedia. Kebuluran dan kefakiran berlaku disebabkan oleh diri sendiri dan 'tangan-tangan' sesama manusia itu sendiri. Kesalahan 'tangan-tangan' manusia ini bukan sahaja menjejaskan rezeki sesama manusia, malah makhluk-makhluk lain hingga berlaku kepupusan yang mengakibatkan rentetan gangguan ekologi yang pastinya memberi kesan kepada berbagai sistem semulajadi alam. Akibatnya tentu sahaja kita boleh bayangkan. Maka sepatutnyalah kita fikirkan bersama apa yang menjadi Fardu 'ain dan Fardu Kifayah kepada kita sebagai Khalifah di muka bumi.

Jenis Rezeki ke 2 dan ke 3, sambung nanti ye...
Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiri kita semua. Amin

Friday, August 14, 2009

KENALI DIRI KITA....


Salam ceria sihat kaya bahagia,

- Kenali diri?....
- Adakah kita benar-benar kenal diri kita?...
- Kalau kenal, adakah kita mampu mengendalikan diri kita ke arah mencapai apa yang kita kehendaki?....

Kebanyakan kita sebenarnya masih tidak kenal diri sendiri, tidak tahu betapa 'hebat' diri kita. Tanpa kenal diri bagaimana kita mampu mengendalikan diri dengan cara yang betul?
Contohnya;
Sekiranya kita tidak tahu 'teknikal' dan keupayaan sebuah kereta, bagaimana kita boleh yakin untuk menyertai dan memenangi 'perlumbaan'?...

Banyak seminar atau buku-buku yang membincangkan tentang 'MENGENAL DIRI', mengenal potensi diri. Daripada banyak buku, saya secara peribadi suka mencadangkan buku hasil karya Ary Ginanjar bertajuk 'ESQ 165'. Ia dapat membantu kita kenal diri dan kenal 'PENCIPTA' kita.

"Ikraq.." saranan membaca menjadi wahyu terawal. Membaca juga mampu menjadi sumber ilmu. Namun begitu pastikan kita memulakan sesuatu apa pun terutama 'membaca' dengan niat(doa)ikhlas minta petunjuk dan bimbinganNya. Suka juga saya sarankan buku bertajuk 'BERGURU KEPADA ALLAH' oleh Abu Sangkan.

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Wednesday, August 12, 2009

SIAPAKAH MENTOR ANDA?...

Salam ceria sihat kaya bahagia,
Sedar atau tidak sebenarnya corak kehidupan kita adalah hasil 'pengaruh' seseorang atau alam sekeliling. Sehingga ada ungkapan;-

"...jika kita ingin mengenali diri kita, kenalilah siapa kawan-kawan kita...".

"...jika kita tidak merancang untuk hidup senang, sebenarnya kita sedang merancang untuk hidup susah...."

Oleh itu jangan memperjudikan usia persaraan masa depan(terutamanya akhirat) dengan tidak merancang ke arah kehidupan yang 'sejahtera'.

Kita sebenarnya perlukan 'MENTOR' dalam membimbing hidup kita agar sentiasa berada di landasan yang betul menuju 'KESEJAHTERAAN' hidup di dunia dan akhirat. Lalu, siapakah mentor anda?....

Bagi kita umat Islam Allah lah mentor teragung yang menjadi tempat mengadu, tempat meminta pertolongan dan tempat berserah. Sementara Nabi Muhammad Rasullullah SAW pula adalah IDOLA TERBAIK yang pernah wujud di muka bumi.

Sentiasalah kita mendekatkan diri dengan sentiasa ingat (berkomunikasi dlm hati) kepadaNya walau di mana pun kita berada. Biar berapa banyak pun kesalahan dan berapa besar pun dosa kita, yakinlah Allah maha pengampun lagi maha penerima taubat asal kita mahu sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.

Sebesar dan setinggi mana pun cita-cita kita yakinlah Allah maha berkuasa, maha pengurnia lagi maha penyayang. Asal sahaja kita mahu belajar dan memahami Qadak dan QadarNya. Tiada sesuatu apa pun yang mustahil bagi Allah.

Kita sering gagal atau ditimpa kesusahan adalah kesalahan kita sendiri, kerana buruk sangka dan pemikiran serta tindakan kita juga kaum kita sendiri.

Segeralah kita kembali berpegang kepada 'TALI ALLAH' bermula dengan;-

- diri kita sendiri
- kumpulan kecil
- sekarang dan berterusan

Pertolongan Allah pasti menjadi milik orang-orang yang sabar. Amin

Tuesday, August 4, 2009

PENGGUNA, BERKUASA TETAPI DIKUASAI?...


Salam ceria sihat kaya bahagia,

Pengguna sememangnya 'berkuasa', mampu menjadikan seorang peniaga JUTAWAN, dalam masa sama, pengguna juga mampu 'menutup' sebuah SUPERMARKET. Itu semua mampu dilakukan apabila PENGGUNA bersatu menggunakan 'kuasa membeli' yang dimiliki PENGGUNA.

Cuba kita fikirkan sekiranya semua PENGGUNA berpakat untuk tidak masuk ke 'Mc Donald' selama sebulan. Apa berlaku kepada perniagaan tersebut sekiranya dalam masa sebulan langsung tiada seorang pun pelanggan masuk ke premis mereka?...

Malangnya PENGGUNA YANG BERKUASA tidak mampu menggunakan KUASANYA. Apa yang berlaku ialah sebaliknya. PENGGUNA sentiasa dikuasai dan dieksploitasi oleh PENIAGA.

Seolah-olah PENIAGA begitu berkuasa terutama 'menentukan harga' barangan.

Masalah ini hanya mampu diatasi bila PEMIKIRAN PENGGUNA mampu diubah. Melalui Pendidikan berterusan terutamanya tentang KESIHATAN dan KEWANGAN disamping kesedaran PENGGUNA BIJAK tentu dapat mengubah senario tersebut.

Mari kita fikirkan bersama Topik Blog berikut....

Friday, July 31, 2009

TIGA SOALAN WAJIB?...



Salam ceria sihat kaya bahagia,

Hidup mesti ada matlamat. Semua pun tahu hal ini, tetapi berapa ramai yang mampu mencapainya?.... Menurut kebanyakan kajian yang dijalankan hanya purata 5% sahaja manusia yang benar-benar mencapai matlamat (impian) hidup mereka.

- Bagaimana dengan anda?(apakah matlamat hidup anda)....
- Bagaimana anda menilai atau mengukur kemampuan anda untuk mencapai MATLAMAT hidup anda?.....
- Kenapa anda AMAT YAKIN anda mampu mencapai MATLAMAT HIDUP anda?(adakah anda yakin untuk mencapai matlamat hidup anda?).....

Ingatlah TIGA SOALAN ini selalu, mudah-mudahan dapat mengingatkan kita selalu, agar kita tidak lupa MATLAMAT HIDUP kita.

Jangan MEMPERJUDIKAN MASA DEPAN dengan membiarkan tanpa KEYAKINAN untuk mencapai matlamat hidup anda....

MATLAMAT YANG LEBIH PENTING!!!...,

"Hidup di dunia hanya sementara, kita semua pasti akan "kembali" kepada kehidupan kekal selamanya, keberuntungan atau kemudaratan adalah PILIHAN kita sendiri SEKARANG!!!...."

jom kena kopi dulu...
http://jomkenakopi.webs.com/

Wednesday, July 29, 2009

SEKARANG SEMUA BOLEH BERJAYA.....


Salam ceria sihat kaya bahagia,

`Kita akan menjadi seperti apa yang banyak kita dan orang-orang sekeliling kita bersangka dan berfikir tentang diri kita’.

Adakah anda seorang yang cemerlang?

Semua orang HEBAT, yang BERJAYA DENGAN CEMERLANG, menggunakan kaedah ini.

1. Fokus kepada satu PERKARA dalam satu masa. Dengan memberi tumpuan 100% seluruh tenaga dan fikiran didedikasikan untuk lebih fokus yang amat tajam(seperti laser), lebih hebat & kreatif.
2. Menyediakan perancangan yang rapi secara bertulis dalam bentuk ’kertas kerja’.
3. Atur setiap langkah mengikut prioriti.
4. Ambil masa untuk duduk dan mengkaji hingga mampu ‘membayangkan perkembangan langkah demi langkah setiap keadaan dengan tepat dari titik permulaan hingga mencapai matlamat akhir’.
5. Buka minda dan sedia menerima idea-idea baru. Sering kali bertanyakan soalan “Bagaimana kalau…?” dan sentiasa mencari berbagai-bagai input dan saranan untuk menghasilkan IDEA yang semakin KREATIF.

Adakah anda mampu mengamalkan 5 langkah di atas???......

Jangan bimbang, sekarang telah banyak disediakan berbagai bantuan. Program pendidikan dan latiahan.

Kaedah yang terbukti paling berkesan untuk membantu kejayaan ORANG KEBANYAKAN:-

- Program Mentor
- Pendidikan dan Perancangan
- Sistem pengurusan/pemasaran
Anda hanya perlu untuk MEMUJUK HATI untuk MAHU AMBIL TAHU sahaja.

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Saturday, July 25, 2009

KESEMPURNAAN AL FATIHAH



Salam ceria, sihat, kaya, bahagia,

Segala puji bagi Allah yang mewahyukan Surah Al-Fatihah (Ibu Quran) yang menjadi sumber membangkitkan SUARA HATI; pemberi informasi yang maha penting, pembisik kebenaran yang abadi. Menjadi dasar membina akhlak terpuji, memantapkan keyakinan harapan dalam segala permintaan. Menjadi ’auto-pilot’ dalam diri ke arah KEJAYAAN HAKIKI di dunia dan akhirat.

Dengan niat meminta bimbingan Allah bagi memahami dan menghayati serta menerapkan dalam kehidupan sehari-hari sebagai pedoman Agong dari Allah.
Dimulai dengan:-

1. Bismillaahirrahmaanirrahiim.
- Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Pembuka: Memulai atas nama Allah.
- Prinsip ini menyedarkan diri untuk bersikap rahman dan rahim kepada setiap makhluk dalam memulai sesuatu (tentunya kebaikan). Inilah dasar yang berupaya membuka suara hati yang akan membisiki dan mendorong diri ke arah kebaikan dan kejayaan. Kita akan lebih percaya diri kerana kita bertindak atas nama Allah Yang Maha Mulia, Maha Agong lagi Maha Perkasa.

2. Alhamdulillaahirabbil ’Aalamiin.
- Segala puji bagi Allah semesta alam.
Memuji Allah: Berfikir dan berjiwa besar(thinking big)
- Kita akan sentiasa merasa dalam curahan rahmat Allah, pemilik alam semesta. Akan merasa tenteram, rasa dilindungi kerana didasari suara hati oleh kepercayaan bahawa kita berbuat apa pun hanya atas tugas mensejahterakan bumi milik Allah. Maka semestinya kita selalu mengati semua sifat-sifat Allah sebagai landasan kecerdasan emosi dan spiritual.

3. Arrahmaanirrahiim.
- Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bekal: Sikap mengasihi sesama makhluk (thinking deep)
- Untuk meraih suatu kepercayaan, harus didasari oleh sikap rahman dan rahim kepada diri dan semua orang. Sentiasa berfikir untuk memberi manfaat sesama manusia dan tidak merugikan orang lain, inilah kunci kesejahteraan sosial.

4. Maaliki Yaumiddiin.
- Pemilik/ Raja Hari Pembalasan.
Tujuan: Matlamat asas kita dihidupkan (visioner)
- Selalu berorientasikan masa depan (visi impian), memiliki tujuan dan harapan yang jelas, serta mematuhi perancangan yang benar dalam mencapai matlamat hidup. Memiliki kesedaran penuh bahawa kejayaan tidak BOLEH dicapai dengan jalan yang dilarang. Inilah jaminan KEJAYAAN bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah semata-mata.

5. Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka Nasta’iin.
- Hanya kepada Mu kami mengabdi dan hanya kepada Mu kami meminta pertolongan.
Memelihara prinsip: Mengukuhkan keimanan (integrity)
- Berprinsip jelas dan kukuh hanya kerana Allah yang Esa. Melakukan sesuatu dengan penuh kejujuran dan bersungguh-sungguh sedaya upaya dengan bijaksana untuk mencapai matlamat kerana merasa sentiasa ’dilihat’ Allah. Sentiasa sanggup menghadapi rintangan dan redha dengan kegagalan tanpa putus asa meneruskan usaha dengan penuh keikhlasan.
6. Ihdinash Shiraathal Mustaqiim.
- Tunjukilah kami ke jalan yang luas dan lurus.
Pedoman: Sentiasa memperbaiki tindakan (improve action)
- Inilah langkah mengikuti SUARA HATI dalam fikiran ke alam nyata, berupa tindakan yang berpandukan format fikiran yang terbentuk dari ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, ia itu berfikir bertindak atas nama Allah, selalu bersikap rahman- rahim, memiliki visi yang jelas, berprinsip peribadi kukuh dan teguh. Di sinilah letaknya perjuangan yang sesungguhnya, langkah Islam yang diaplikasikan secara menyeluruh.

7. Shiraathal Ladziina An’amta’Alaihim, Ghairil Maghdhuubi’Alaihim Waladh Dhaalliin.
- Jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang dimurkai, bukan pula jalan yang sesat.
Penyempurnaan: Kesungguhan dan keredhaan (evaluation and continuous improvement).
- Dalam perjalanan hidup ini, teruslah bersihkan hati, asah fikiran dan baiki pelaksanaan secara berterusan (kaizen), sehingga terasa dan terbentuk perubahan-perubahan dalam pencapaian jasmani dan rohani. Dengan penuh yakin jalan Allah sangat luas menjanjikan kejayaan hakiki demi mencari redha Allah.

8. Amiin.
- Kabulkanlah.
Ikhlas: Menerima segala ketentuan Allah (sincerity)
- Apa pun yang berlaku, bersyukur, terima dengan ikhlas untuk lebih bermuhasabah, mengkaji dan lebih berusaha kerana yakin bahawa usaha kita belum sempurna menurut ketetapan (qadak dan qadar) Allah.

Bacalah berulang-ulang dengan meminta bimbinganNya dengan niat ikhlas kerana Allah. Semoga diberkat.

Thursday, July 23, 2009

ANTARA BISNES NETWORKING(MLM) DAN SKIM CEPAT KAYA

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Sebenarnya, apa-apa perniagaan network (MLM) pun kalau kita hanya mendapat keuntungan daripada KEMASUKKAN AHLI (atau diri sendiri masuk semula) itu dikategorikan sebagai SKIM CEPAT KAYA. Tetapi kebijaksaan programmer meletakkan produk atau perkhidmatan supaya kelihatan seperti perniagaan bagi mengaburi SKIM yang dijalankan.

Secara jujurnya kita boleh menilai sendiri ADAKAH ULANGAN PEMBELIAN ATAU KEMASUKAN SEMULA KERANA KEBAIKAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN ATAU SEKADAR UNTUK LAYAK MENERIMA BONUS?.....sekiranya kerana bonus, bukankah itu SKIM CEPAT KAYA???.....

Program seperti ini berlambak-lambak sama ada online atau ofline. Malah ada yang bertopengkan SKIM AMAL JARIAH dan UMRAH atau HAJI. Apa yang kita bimbangkan adalah kesan negatif yang menjejaskan PERNIAGAAN NETWORK TULEN.

Bagi yang masih keliru yang mana MLM TULEN dan yang mana SKIM asasnya mudah sahaja;

- MLM TULEN tidak mendapat keuntungan daripada penajaan(kemasukan ahli), bonus dibayar berdasarkan jumlah pembelian sendiri dan kumpulan. Keuntungan berterusan hasil daripada langganan berterusan terhadap produk. Namun begitu terdapat juga ahli Syarikat MLM TULEN yang menjalankan SKIM dengan cara membuat PAKEJ PEMBELIAN PRODUK dengan jumlah ditetapkan berserta kemasukan ahli, penekanan untuk mendapat bonus hanya kepada PENAJAAN.

- Manakala SKIM CEPAT KAYA hanya fokus kepada penajaan ahli baru. Alasan yang sering digunakan hanya CARA MUDAH DAPAT WANG, modal kecil(semurah RM10.00), tak perlu meeting, maintain, servis down line, jual barang dan lebih canggih lagi tak perlu cari orang.

Apa yang patut kita bimbangkan sekiranya penyalahgunaan SISTEM NETWORK ini dibiarkan, pihak kementerian ambil jalan mudah dengan MENGHARAMKAN MLM.

Sedangkan MLM adalah satu-satunya peluang bagi orang yang tidak berkemampuan untuk memulakan perniagaan hingga mampu menjadi JUTAWAN. Sama-samalah kita menjaga INDUSTRI ini, saling berkongsi ilmu dan nasihat menasihati untuk kebaikan bersama.

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Thursday, July 16, 2009

MESTI BACA....


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Sebelum kita meneruskan membaca artikel ini, saya syorkan untuk anda membaca kisah Tan-Sri-Syed-Mokhtar-Albukhari

http://matlamat.com/blog/2009/01/tan-sri-syed-mokhtar-albukhari/

Kalau mahu berfikir dan membandingkan perbezaan MINDA orang -orang yang berjaya dengan yang gagal, pasti kita akan menemui sesuatu yang mampu memberi suntikan motivasi atau setidak-tidaknya memberi pengetahuan yang dapat memberi panduan untuk kita jadikan panduan(idola) untuk berjaya.

Satu sahaja perbezaan yang pasti iaitu:-

SEMUA ORANG YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG MEMPUNYAI VISI YANG AMAT JELAS DAN MEREKA AMAT YAKIN MAMPU MENCAPAINYA MALAH MEREKA MELAKUKANNYA DENGAN EMOSI.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya sememangnya amat hebat dan mampu mencapai apa sahaja yang menjadi 'IMPIAN NALURI' kita sendiri. Setiap orang mempunyai 'minat' dan kebolehan yang berbeza-beza antara satu sama lain(itulah keAgungan Maha pencipta). Tetapi kita semua mempunyai VISI HIDUP yang sama (hanya kerana Allah).

Walau apa pun keinginan atau sebesar manapun impian kita kalau kita BERPEGANG KEPADA PRINSIP 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam, kita akan berusaha bersungguh-sungguh atas dasar niat dan tanggungjawab HANYA KERANA KEREDHAAN ALLAH. Maka keyakinan kita amat tinggi tambahan pula, tiada langsung perasaan kecewa atau putus asa. Walau beribu kali kita gagal kita akan tetap terus berusaha kerana naluri(minat) dan tanggungjawab.

Bukankah segala kejayaan hanya untuk orang yang 'minat' dan berterusan berusaha bersungguh-sungguh??.....

http://jomkenakopi.webs.com/
Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita. Amin

Monday, July 13, 2009

BERNIAGA TANPA MODAL


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Berniaga tanpa modal?......

Wah sedap bunyinya,........

Tapi ada ke?, berniaga tanpa modal?.....

Sebenarnya sememangnya banyak perniagaan yang kita boleh mulakan dengan TANPA MODAL sedikit pun....

Apa yang anda perlu hanyalah:-

- kemahuan dan minat yang bersungguh-sungguh
- perhubungan (kenalan dan rakan-rakan), perniagaan yang berkekalan adalah perhubungan yang baik yang sentiasa memberi manfaat kpd dua belah pihak.
- idea yang inovatif dimulai dengan fikiran positif dan fokus.
- keboleh percayaan(mempercayai dan dipercayai)

Dari sekecil kecil perniagaan(jualan langsung) hinggalah sebesar besar perniagaan(kontraktor binaan) kita boleh mulakan hanya dengan;-

Mendapatkan komisyen daripada rakan-rakan 'peniaga'

- mencarikan 'prospek pelanggan'.
- membantu mempromosikan jualan produk atau perkhidmatan.
- membantu membuat penghantaran.
- membantu mengendalikan atau mengawasi atau mengaudit perniagaan.

Itu hanyalah beberapa contoh di mana kita boleh mendapatkan kewangan, pengalaman, peluang dan yang lebih penting ialah 'perhubungan' untuk membina rangkaian atau senarai pelanggan bila anda mahu memulakan perniagaan sendiri nanti. Tentunya risiko untuk anda gagal dalam perniagaan anda sendiri akan berkurangan, betul tak??.... Betuuul.....

Sekarang saya telah buktikan dengan membantu beberapa orang di bawah bimbingan saya dengan kaedah ini.

Ya,....

Dengan tanpa modal langsung, kita boleh memulakan 'perniagaan' yang mampu memberi pulangan 'amat lumayan'. Modal sebenar yang amat penting sebenarnya hanyalah SIKAP kita sendiri.

Kami bersedia membantu anda sila lawati http://jomkenakopi.webs.com/

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

PELABURAN TANPA MODAL


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

AWAS!!!....
Terlalu ramai yang ‘terjebak dan menanggung beban’ yang merugikan, masa, tenaga dan lebih malang lagi kehilangan ‘kepercayaan’ terhadap ‘pelaburan wang’ yang sepatutnya ‘menguntungkan’ untuk kesejahteraan persaraan.

Jangan laburkan wang anda di mana-mana pun, walau pun dalam pelaburan yang di anggap ‘paling selamat’, selagi anda tidak mempunyai ‘DANA RIZAB’ sekurang-kurangnya 3 bulan gaji anda dalam akaun paling selamat dan ‘susah untuk dikeluarkan’. ( drp AZIZI ALI; sifu kewangan MELAYSIA )

Bagaimana kalau saya tidak pernah mampu untuk menyimpan sehingga 3 bulan gaji???.......

Hanya ada SATU cara sahaja PELABURAN SELAMAT!!!....

TUKARKAN SEBAHAGIAN PERBELANJAAN TANGGUNGAN ANDA MENJADI PELABURAN!!!....

Kita berganding bahu bekerjasama menjadikan KUASA BERBELANJA kita untuk membina EMPAYAR PERNIAGAAN yang pastinya memberi PULANGAN JANGKA PANJANG yang amat LUMAYAN.

Kita langsung tidak perlukan modal untuk memulakannya.
Kita hanya perlu bersedia untuk:-

- Buka minda, ubah cara berfikir.
- Mahu meluangkan sedikit masa belajar menguruskan perbelanjaan.
- Mahu bersabar dan fokus kepada kesejahteraan hidup masa depan.

Anda ingin mengetahuinya?...
sila lawati http://jomkenakopi.webs.com/
Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua.

Wednesday, July 8, 2009

PENEMUAN HEBAT YANG SUDAH DIKETAHUI, TETAPI MASIH RAMAI MENGABAIKANNYA?......


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Kuasa fikiran menentukan hala tuju dan pencapaian dalam hidup kita. Ia menjadi PENEMUAN TERBESAR dalam sejarah sains kemanusiaan iaitu; `Kita akan menjadi seperti apa yang paling banyak kita dan orang-orang sekeliling kita bersangka dan berfikir tentang diri kita’.

- Orang bahagia kerana mereka banyak memikirkan tentang perkara yang membahagiakan.
- Orang berjaya kerana mereka sentiasa bersemangat bila memikirkan bagaimana untuk berjaya.
- Orang yang penyayang gembira dan sentiasa beriaksi dengan kasih sayang serta belas kasihan.
- Orang kaya menjadi semakin kaya kerana mereka begitu ghairah bila memikirkan bagaimana menambah kekayaan dan sangat berminat dan sentiasa sanggup untuk mencari peluang kewangan.

Mari kita mula mengamalkan sekarang juga;-

1. Cari sesuatu yang kita sukakan tentang diri kita. Ucapkan rasa syukur kepada Allah atas kurnianya. Kekalkan rasa syukur dan gembira tersebut selama mungkin (sepanjang masa).
2. Buat sedikit perubahan yang positif terutama berkaitan IMPIAN kita. Ucapkan rasa syukur dengan gembira kerana berjaya melakukan perubahan tersebut dan setiap kali dapat mengulanginya. Lakukan hingga ia menjadi kebiasaan.
3. Baiki kelemahan atau keburukan dan lakukan perubahan walaupun kecil buat dengan rasa gembira. (perasaan gembira itulah sebenarnya kunci kejayaan yang berterusan).
4. Lebih mudah dan menyeronokkan bila kita lakukan secara berkumpulan.

Impian tercapai bukan keranan 'kehebatan dan takdir', tetapi kerana kita telah 'menepati' ketentuan jalan ke arah tercapainya 'Impian'.

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita selamanya. Amin

Friday, July 3, 2009

APAKAH YANG KITA CARI?.....


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,


Apakah sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini?....

Lihat sahaja Michael Jackson, beliau telah mencapai kejayaan dalam kerjaya menjadi penghibur yang amat berjaya sejak di usia muda. Adakah beliau sudah menemui atau mencapai sesuatu yang benar-benar memberi kepuasan dalam hidup beliau?

Sememangnya kita tidak dapat mengetahuinya secara tepat, tetapi berdasarkan kisah-kisah dan peristiwa yang berlaku sepertinya mereka 'penasaran' dalam mencari 'sesuatu' dalam hidup ini.

Banyak lagi selebriti yang 'hebat' seperti Bruce Lee, Elvis, Bob Marley, Marilyn Monroe dan ramai lagi yang sepertinya menghadapi masalah 'tekanan' sebelum mati mengejut.

Kepuasan dan ketenangan adalah sesuatu yang abstrak, tidak banyak yang dapat dijelaskan dengan fakta apakah sebenarnya yang mampu memberi kepuasan dan ketenangan dalam hidup.

Tetapi kita sebagai umat Islam sepatutnya tidak ada sesuatu apa pun yang mampu menyebabkan kita 'stress'. Fakta sains telah membuktikan wujudnya satu ruang dalam otak manusia yang dinamakan 'GOD SPOT'. Ruang itulah yang sepatutnya memandu hidup kita dengan memenuhi, dan melayani 'suara hati' yang dirangsang oleh titik 'god spot' tersebut.

Saya ingin berkongsi maksud Ayat "...Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran....". Renungkanlah maksudnya, bukankah percaya kepada Quran adalah sebahagian rukun iman yang wajib diyakini?

Sekiranya apa pun juga yang kita lakukan, apa pun cita-cita 'besar' kita, jika didasari dan berpaksikan Rukun Iman dan Rukun Islam, tentunya kita akan tenang dan bahagia dan pastinya mampu mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi bila kita 'berjemaah'?
Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Tuesday, June 30, 2009

JUJURLAH PADA DIRI SENDIRI


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Kita semua berasal dari kajadian yang sama, kita tentunya mempunyai 'fitrah' yang sama. Kita sebenarnya mempunyai respon yang sama terhadap 'situasi' yang melibatkan 'kemanusiaan'. Itulah 'suara hati' yang tulus ikhlas dari makhluk yang bernama 'manusia'. Cuma tindakan menjadi berbeza hasil pemikiran dan pengalaman berbeza.

Oleh itu berusahalah untuk kembali menuruti suara hati paling dalam 'pimpinan Tuhan', hidup pasti sejahtera. Kita sememangnya mampu mencapai apa sahaja yang mampu kita fikirkan jika kita benar-benar memahami dan mematuhi 'suara hati' berpandukan 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam, menggunakan 'akal' anugerah paling Agung selayaknya sebagai Khalifah di muka bumi.

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin.

Tuesday, June 23, 2009

APAKAH MATLAMAT HIDUP KITA?....

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Pernahkah kita bertanya dengan penuh keikhlasan dan kejujuran serta bersungguh-sungguh, "apakah sebenarnya matlamat hidup kita?....".
Adakah kita betul-betul dapat merasakan bahawa keputusan kita menentukan matlamat hidup kita adalah muktamad.
Apa yang pasti, kejayaan untuk mengubah 'corak hidup' kita sangat bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran kita kepada matlamat hidup yang jelas.
Kebanyakan orang masih ragu-ragu tentang matlamat hidup sendiri. Lebih malang lagi dalam usia yang semakin meningkat mereka masih tercari-cari apa sebenarnya matlamat hidup mereka.
Sebaiknya kita ingat matlamat hidup kita selalu, dalam doa, angan-angan, perbualan, hingga termimpi dan menjadi igauan dalam tidur. Biarlah ia menjadi perkara yang sememangnya kita suka(minat). Supaya ia lebih menggembira dan menenangkan hati serta kepuasan(redha) dalam berusaha untuk mencapainya dengan penuh kesabaran, jadikanlah MATLAMAT HIDUP selari dengan FITRAH manusia terhadap janjinya kepada TUHAN.
Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Sunday, June 14, 2009

BERTANYA KEPADA DIRI SENDIRI?...


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Satu masalah akan memberi kesan emosi berbeza hasil dari bentuk soalan yang berbeza. Satu soalan yang betul mampu menyelesaikan masalah, sebaliknya soalan yang salah boleh menyebabkan masalah bertambah berat.
Sebagai contoh; sekiranya anda menghadapi 'masalah kewangan', apakah kesan perasaan anda bila anda bertanya pada diri anda soalan-soalan berikut;
1 - "Kenapalah masalah kewangan aku tak selesai-selesai lagi.....?"
2 - "Kira-kira tahun depan boleh selesai tak masalah kewangan aku ni, kalau aku masih macam ni......?"
3 - "Kira-kira kalau pendapatan aku RM10,000.00 sebulan tentu aku senang, kan bagus kalau aku cari peluang part time...?"

Daripada bentuk soalan-soalan di atas tentu anda dapat rasakan soalan manakah yang mampu menghasilkan tindakan paling cepat untuk bertindak bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kesimpulannya, kita mesti banyakkan bertanya soalan-soalan yang terbina daripada jawapan yang mampu menyelesaikan 'masalah'. Dengan cara itu ruang fikiran akan dapat lebih fokus, hasilnya tindakan akan dapat segera dilakukan.

Cuba lihat soalan 1, ia akan menyebabkan lebih banyak keluhan, sudah tentu akan menarik lebih banyak masalah.
Soalan 2, tentu akan merangsang fikiran mencari idea untuk di laksanakan.
Sementara soalan 3, ia akan merangsang fikiran lebih fokus untuk memilih tindakan yang paling sesuai dan berkesan.

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Friday, June 5, 2009

ORANG BERJAYA BANYAK BERTANYA?...



Salam ceria sihat, kaya, bahagia,


Berapa kali sehari kita bertanya?... Orang yang 'hebat', jutawan, budiman, cendikiawan, jagoan dan siapa saja yang cemerlang dalam bidang masing-masing sememangnya banyak 'bertanya'.


Bermula dengan bertanya pada diri sendiri, ia satu kemestian.

Cuba kita tanya pada diri sendiri soalan paling asas seperti berikut:-

- Kenapa aku dihidupkan?

- Apa yang aku mahu dalam hidup ini?

- Bagaimana masa depanku sekiranya aku terus begini?

- Siapa boleh bantu aku untuk capai cita-citaku?

- Berapa lama lagi masa aku ada sebelum bersara/mati?


Cara atau bentuk ayat pertanyaan juga sangat memberi kesan kepada hasil yang kita inginkan.

Kita sambung lagi nanti ya.....


Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Tuesday, May 26, 2009

ASET PALING BERHARGA



Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Alhamdulullah, semakin banyak kita belajar dan semakin kita kenal diri, kita patut amat bersyukur, sebenarnya terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Malangnya ramai yang masih tidak faham dan akhirnya tanpa sedar mereka banyak memilih perkara-perkara yang mereka sendiri tidak mahu.

Aset paling penting dan paling bernilai yang Allah kurniakan kepada SEMUA MANUSIA adalah:-
1 - Akal fikiran
2 - Perasaan (emosi)
3 - Masa 24 jam sehari

Daripada pengurusan tiga perkara inilah setiap manusia itu Allah izinkan setiap manusia menjadi (mendapat) apa yang berlaku pada mereka sekarang dan yang akan berlaku pada masa depan mereka sendiri.

PERBEZAAN PENCAPAIAN SESEORANG DENGAN YANG LAIN ADALAH KERANA;-

• Pemilihan cara berfikir
• Kemampuan memilih bidang dan berinovasi
• Kemampuan melakukan sesuatu dengan ikhlas dan berterusan
• Kemampuan menyuburkan ‘IMPIAN’ dengan niat yang betul
• Kemampuan memilih ‘HUKUM KARMA’ dalam tindakan sesama manusia dan seisi alam

Maka itu kita amat dituntut untuk mengutamakan 'membaca' (mengkaji) berterusan terutama dalam hal-hal berikut:-

- Mengenali dan menguasai POTENSI DIRI.
- Menyedari dan mencambah inovasi bagaimana mensyukuri dengan memanfaatkan ASET DIRI (potensi).
- Membina dan MELAZIMKAN AMALAN memenuhi fitrah SIHAT, KAYA, BAHAGIA.

Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memberi manfaat, peluang, dorongan dan kegembiraan kepada orang lain.

Semoga taufik dan hidayahNya, sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Saturday, May 16, 2009

BERSAMA BERSATU MEMBINA GELOMBANG PERUBAHAN

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Sebesar mana pun agenda yang ingin kita bina pasti kita mampu lakukan. Sejarah telah membuktikan. Tanpa teknologi moden mereka berjaya membina apa yang hari ini kita anggap sebagai 'benda ajaib' di dunia.

Rahsianya
•Kita mulakan dengan DIRI KITA DULU.
•Kita mulakan MEMBERI apa yang sememangnya kita BOLEH dan MAMPU.
•Kita mulakan dengan ‘SENANG HATI’ membina KEBIASAAN baru.
•Kita bersama saling MENDOAKAN dan SEPAKAT serta BEKERJASAMA.

KENALI POTENSI DAN KELEBIHAN DIRI
Kita mulakan dengan KENALI DIRI KITA DULU:-

Bina keinginan:-
“yakinlah dengan izin Allah, apa pun IMPIAN kita pasti tercapai”

KENDALIKAN 3 KUNCI
-Hati – amalan KETENANGAN
-Fikiran – sentiasa menambah ILMU
-Tindakan – berasaskan perancangan yang jelas dan sentiasa di up grade...

MULAKAN MEMBERI
Memberi kebendaan dan kerohanian
- Memberi kebaikan dan peluang
- Memberi perkhidmatan dan dorongan
- Memberi keselesaan dan kegembiraan

SEGERAKITA MULA...
- Membaca ‘IMPIAN’ kita setiap hari.
- amalan membaca ‘ilmu’ setiap hari.
- menulis semula ‘IMPIAN’ setiap hari
- menulis aktivi setiap hari
- rancangan aktiviti esok hari
- Melaksanakan segala yang ditulis.

Hidup adalah anugerah, kesusahan atau kesenangan adalah pilihan anda sekarang.
sentiasa diperbaiki.

Mencuba sesuatu dan 'gagal' adalah lebih berjaya berbanding orang yang tidak mencuba langsung.

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Thursday, April 30, 2009

BERMULA DENGAN YANG 'BASIC'

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Ingin hidup 'cemerlang' di dunia, mesti dengan 'ILMU', ingin hidup 'cemerlang' di akhirat mesti dengan 'ILMU', ingin hidup 'cemerlang' di DUNIA DAN AKHIRAT mesti dengan 'ILMU'.

Dalam Islam bab menuntut ilmu adalah 'agenda utama' dalam hidup. Kita sebenarnya pun telah menerima 'ilmu' sejak dari dalam kandungan dan diwajibkan menuntut ilmu hinggalah ke 'liang lahad'. Ilmu apa yang sering kita terima, adalah penunjuk jalan hidup kita di masa depan.

Apa yang menjadi 'TAKDIR' kita adalah hasil daripada 'ilmu' (pendedahan) sejak dalam kandungan ibu.(anak umpama kain putih, ibu bapalah yang 'menentukan pilihan' ....bila ia dewasa). Seharusnya ilmu 'basic' yang patut kita ketahui ialah 'ilmu mengenal potensi diri'(tentunya selepas 'kenal penciptanya').

Kita boleh mengetahui potensi diri melalui ilmu 'meta fizik'(contohnya melalui tarikh lahir).
Kita juga mesti mengetahui 'anatomi' diri untuk kesihatan jasmani dan 'minda' yang banyak berkaitan rohani, melalui Quran dan Hadis seperti MEMAHAMI RUKUN IMAN mendahului 'ILMU SAINS' (perlu diingat apabila berlaku pertentangan antara Quran dan Hadis dengan sains moden, maka pilhlah Quran dan Hadis).

Melalui PROGRAM MENTOR PENDIDIKAN SIHAT, KAYA, BAHAGIA, ada diterangkan asas-asas berikut:-
- Mengenali potensi diri (melalui tarikh lahir)
- Pengurusan minda (hidup tenang dan bahagia)
- Anatomi dan pemakanan (kesihatan)
- Pengurusan kewangan (ke arah Jutawan Bertakwa).

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Wednesday, April 29, 2009

BERMULA DENGAN YANG 'PERCUMA'

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

- Bermula dengan yang percuma(tak kena bayar)

Amalkan amalan-amalan 'kerezekian' (amalan agar dipermudahkan menarik rezeki).Apa yg sering berlaku kepada kita sekarang, adalah apa yang Allah'tetapkan' kepada kita hasil daripada 'pemikiran' dan 'pendedahan' sejak dari dalam kandungan, oleh ibu bapa kita, rakan-rakan sekeliling kita dan akhirnya apa yg sering kita lihat, baca, fikir dan pergaulan kita.
Kita akan sering gagal bila melakukan sesuatu yg tidak ada dalam 'ketetapan' untuk kita, namun apabila kita terus mengulangi sesuatu yang sama akhirnya akan tercapai apabila 'ketetapan' baru telah terbina.

Sebab itu pemikiran, emosi dan tindakan mesti selari;-

- Pemikiran - berkaitan perkara 'logik' berasaskan ilmu(maklumat),pengalaman dan keinginan.

- Emosi - perasaan semulajadi yg timbul setiap kali memikirkan 'impian', ia berasaskan kepada keinginan yg meluap-luap disertai keyakinan yg amat tinggi.

- Tindakan - hasil perancangan yg sistematik, berasaskan kajian fakta, kebarangkalian yg tinggi utk berjaya berasaskan, kemampuan, kebolehan dan peluang.
Supaya apa yang 'ditetapkan' utk kita sekarang cepat berubah bertepatan dengan apa yang kita 'hajatkan', amalkanlah amalan baru yang berbeza dgn sebelumnya, kalau sudah 'betul' pertingkatkan 'tawakal' (ikhlas krn Allah).

- Jadikan 'Istighfar' sebagai zikir (banyakkan minta ampun dan maafkan diri sendiri dan semua orang). Amalkan solat sunat taubat. Berdoa agar Allah ampunkan segala dosa dan dipermudahkan 'hajat' (qadak dan qadar hanya boleh berubah dgn doa), 'memadam ketetapan yg buruk dan menggantikan ketetapan sebagaimana dihajatkan'.

- Jaga hati agar sentiasa 'redha' dan 'bersyukur' "WALAU APA PUN YANGBERLAKU".
Semua orang bahkan Nabi juga melalui ujian dalam perjuangan.(Saya juga pernah melalui ujian, kemalangan kereta 'lambang kejayaan', bisnes merudum, masalah keluarga, hinggalah premis bisnes tenggelam dua kali oleh banjir besar di Kota Tinggi) Sehingga kita redha dan pasrah, hati akan tenang. KETENANGAN ADALAH ANUGERAH YANG PALING NIKMAT.

Fikiran jadi lapang, idea pun mencurah datang (Ya Allah ampuni kami, memadailah Engkau tempat kami mengadu dan meminta pertolongan).(luangkan masa(rutin) utk membaca Quran dan membaca buku ilmiah (termasuk kursus/seminar) serta ceramah agama dan motivasi.

- Syukur selalu dengan memperbanyakkan bersedekah dan 'memberi' padadiri sendiri, para nabi, ibu bapa, semua orang dan semua makhlukAllah.

Idea-idea yang membawa perubahan ke arah kejayaan InsyaAllah akan segera datang.

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita selamanya. Amin

Sunday, April 26, 2009

MULAKAN SEKARANG WALAU PUN 'KECIL'

Salam ceria, sihat, kaya, bahagia,

Sebesar manapun IMPIAN kita ianya hanya bermula dengan CETUSAN KEINGINAN YANG MELUAP-LUAP(memikirkan keyakinan tentang keinginan berterusan).

Mulakan sekarang!!!....,
- Bermula dengan yang 'mudah'
- Bermula dengan yang 'percuma'
- Bermula dengan yang 'basic'
- Bermula dengan yang 'benar'

Hari ini kita bincangkan dengan yang pertama;
- Bermula dengan yang 'mudah'

Tuliskan 'IMPIAN' seumur hidup, bermula dari;-
- tahun ini......................
- 5 tahun akan datang ............................
- 10 tahun akan datang ............................
- 20 tahun akan datang ............................
- impian bila dah bersara ............................

Sebaiknya buat cantik-cantik (letak gambar), mesti nyatakan tujuan(untuk apa) mesti nak capai impian tersebut. Buat karangan pendek bagi menjelaskan tujuan dan kegembiraan bila mencapainya.

Buat banyak salinan, yang paling cantik dengan saiz yang 'sesuai' tampal di bilik tidur(untuk dilihat dan disyukuri setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur.
(ikut ajelah....jangan banyak fikir) nanti kita sambung lagi.....

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengirungi kita semua. Amin

Wednesday, April 22, 2009

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Masa berlalu begitu pantas. Begitulah kehidupan di dunia ini, masa terus berlalu tidak pernah berhenti untuk menuggu sesiapa.

Sebahagian besar daripada orang biasa(95%), semakin umur meningkat, semakin banyak hutang yang mereka tanggung? Setiap kali ada kenaikan gaji dan pangkat, golongan pertengahan akan mula memikirkan untuk menambah satu lagi LIABILITI dalam hidup mereka.
Apa kesudahannya?

Golongan ini akan menanggung hutang ini berterusan sampai ke pencen. Malah, yang sedihnya, selepas umur persaraan, mereka terpaksa bekerja lagi dalam bidang lain untuk mendapatkan pendapatan bagi menyara hidup.

Kenapa perkara sebegini berlaku? Jawapan yang pasti adalah kerana mereka MENGIKUT CARA BERFIKIR ORANG BIASA maka menghasilkan tindakan seperti orang biasa. Boleh dikatakan 100% daripada pendapatan terpaksa digunakan untuk perbelanjaan harian, mereka ada menyimpan pendapatan, tetapi mereka TIDAK MEMBINA SUMBER PENDAPATAN BERGANDA. Sedangkan kos sara hidup terus meningkat (mengikut kadar inflasi).

Saya yakin, setiap orang yang WARAS tidak mahu menjadi golongan inikan? Saya yakin anda TENTU sudah ada 'PELAN TINDAKAN' yang anda SANGAT YAKIN utk anda mencapai kehidupan SIHAT, KAYA dan BAHAGIA(ia adalah impian semua orang). Malah anda juga mungkin telah memikirkan untuk "RITIRE RICH, RETIRE YOUNG..." supaya kita tidak menjadi seperti golongan yang saya ceritakan di atas.

Menurut kajian hanya 1% sahaja mereka yang mengetahui dan mengamalkan"FORMULA" tersebut. Bagi kita yang telah mengamalkan "FORMULA" ini, sampaikanlah kepada sesiapa sahaja yang "memerlukan", sebagai sumbangan yang akan menjadi amalan 'magnet rezeki'.

Syukur, semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Tuesday, April 21, 2009

KUNCI PERUBAHAN

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Langkah awal yang mesti semua orang buat untuk lebih "cemerlang" adalah seperti berikut:-
1 - Muhasabah diri dgn beberapa soalan;
- adakah aku gembira dgn apa yang aku buat sekarang?
- adakah apa yang aku buat sekarang mampu mencapai "IMPIAN"masa depanku?
- sudahkah aku mulakan perubahan aktiviti harian yang mesti aku mulakan segera?
- mampukah dan sudahkah aku melazimkan perubahan "cara berfikir" dan "aktiviti harian" yang patut aku amalkan?...

2 - Membuat keputusan "muktamad" (mesti fokus) dan buat "pelan tindakan".
Hanya ada 2 syarat sahaja untuk memastikan kejayaan mudah dicapai.
1 - Menulis perancangan pelan tindakan (berasaskan kajian fakta).
2 - Melaksanakan pelan tindakan mengikut jadual.

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Saturday, April 18, 2009

KITA ADALAH SIAPA YANG KEBANYAKAN MASA KITA FIKIRKAN 2

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Kita sambung 'topik' yang lepas.
Kelihatannya seperti sukar untuk kita mahu berubah(berjaya). Sebenarnya bukan soal 'susah' atau 'senang' perkara yang kita ingin lakukan, tetapi lebih kepada KEMAMPUAN kita untuk FOKUS bagi melazimkan sesuatu itu sentiasa dalam 'FIKIRAN' pada kebanyakan masa daripada 24jam sehari. (fikir, ingat, buat sesuatu kearah 'matlamat').

Sesukar mana pun 'sesuatu kerja' itu, akan jadi 'terlalu mudah' apabila 'minda separa sedar' kita sudah mengambil alih. Begitulah sebaliknya, perkara yang terlalu mudah pun, kalau kita tidak mampu untuk ('SENTIASA INGAT, FIKIR, BUAT SESUATU KE ARAH 'MATLAMAT') mengamalkannya, ia akan kita anggap susah juga.

Contohnya:-
- Susah ke?....
Mendaftar perniagaan sekali untuk seumur hidup.
- Susah ke?....
Menukar jenama produk kegunaan harian mengikut 'kemampuan sendiri' untuk kebaikan kesihatan diri dan keluarga.
- Susah ke?.....
Menyampaikan perkara yang baik (niatkan ikhlas kerana Allah sebagai ibadah) yang INSYAALLAH PASTI MAMPU MENJADIKAN KITA JUTAWAN YANG SIHAT DAN BAHAGIA.
Itulah konsep PERNIAGAAN NETWORK MARKETING, bersatu, bersama, berkongsi ilmu, berkongsi idea dan berkongsi wawasan hanya dengan 'BELAJAR MENJADI PENGGUNA BIJAK'.

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Thursday, April 16, 2009

KITA ADALAH SIAPA YANG KEBANYAKAN MASA KITA FIKIRKAN

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

KITA ADALAH SIAPA YANG KEBANYAKAN MASA KITA FIKIRKAN.......
Boleh dikatakan semua orang biasa membaca atau mendengar 'ungkapan ajaib' ini. Tetapi masih ramai yg tidak dapat 'menikmati' keajaibannya.

Sememangnya ungkapan di atas adalah benar. Persoalannya ialah 'kemampuan' kita 'memantau' pemikiran kita sendiri. Dalam 24jam kehadapan cuba kita buat analisa, apa yang kita dengar, baca, lihat dan fikirkan (angan-angan/hayalkan). Berapa jam sehari kita 'ingat' (dengan ikhlas) tentang 'keinginan' kita. Adakah lebih banyak kita memikirkan 'cara', bagaimana untuk mencapai sesuatu dan melaksanakannya, atau memikirkan 'kenapa' sesuatu masalah itu berlaku?...

Jika kita ingin lebih mudah memantau 'fikiran' kita mungkin kita perlu 'mengkuarantin' diri kita dari alam sekitar(rakan sekeliling) yang sebenarnya selama ini mungkin menyebabkan 'takdir' kita sekarang....wah..... susahnyeee....?

Apa kata anda?......

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Sunday, April 12, 2009

SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

SIHAT, KAYA dan BAHAGIA, mudah untuk disebut, mudah jugake?... untuk dilaksanakan?....
Bagaimana jawapan anda?....

Sebenarnya jawapan 'spontan' anda lahir dari 'pengetahuan dan pengalaman' yang sedia ada dalam 'kamus minda' anda. Jawapan spontan itulah jawapan yang kita boleh jadikan ukuran atau penilaian samaada kita 'BOLEH' mencapai apa saja 'perkara' yang diutarakan.

Oleh itu selagi kita tidak melazimkan perubahan 'tanggapan' terhadap sesuatu yang kita inginkan, 'jawapan spontan' adalah jawapan pasti samaada boleh berjaya atau sebaliknya.

Maka itu untuk mengubah 'jawapan spontan' tiada jalan lain melainkan kita mesti bermula dengan banyak membaca menambah pengetahuan dalam bidang tertentu, menambah pengalaman dalam pergaulan kumpulan berkaitan. Lebih banyak atau lebih kerap kita mengulangi sesuatu yang baru, maka lebih cepat 'jawapan spontan' akan berubah. Lebih mudah lagi sekiranya fakta perubahan yang ingin kita lakukan sememangnya mudah dan mampu dilakukan lebih-lebih lagi sekiranya perkara tersebut sesuatu yang mesti, tiada pilihan lain.

"UBAHLAH PELAZIMAN KEMUDIAN LAZIMKAN PERUBAHAN TERSEBUT"
Walau sedikit perubahan yang kita lakukan sekarang, jika berterusan dalam jangka masa panjang ia menghasilkan sesuatu yang "MENAKJUBKAN".

Perubahan lebih mudah jika dilakukan secara berkumpulan(berjemaah).

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita. Amin.

Sunday, April 5, 2009

BAYAR DIRI ANDA SENDIRI DAHULU

Salam ceria SKB(sihat,kaya,bahagia),

Cara berfikir yang sama, menghasilkan idea, keputusan dan tindakan yang sama, sudah pasti tiada 'perubahan' yang akan berlaku.

Satu kaedah yang mudah dipraktikkan yang pasti menghasilkan perubahan 'besar' dalam perancangan kewangan adalah amalan "bayar diri sendiri dahulu...". Bagaimana caranya?...

Sebagai contoh:-

Seorang pekerja berpendapatan RM1000 sebulan.
Rancang perbelanjaan seperti;

sewa/hutang RM500
runcit/lain-lain RM300
lebihan RM200
Jumlah RM1000

Di atas kertas nampak ada lebihan RM200, hakikat kebanyakannya tidak dapat melabur(malah, dah habis sblm cukup bulan).
Cara terbaik ialah "bayar diri sendiri dahulu....". Sebaik dapat gaji(sblm bayar apa pun) ambil dulu RM100 simpan dalam akaun unit amanah(akaun asing) dengan niat ("Syukur ya Allah ini rezeki bagi diriku, Kau gandakanlah bagi diriku....Amin").
Walau apa pun masalah, mesti terus simpan(tambah secara berperingkat), sehingga akhirnya ia menjadi pelaziman 'auto'.

Dapatkanlah maklumat tentang unit-unit amanah, ia akan merangsang untuk kita rajin melabur jangka panjang. "Belajar menguruskan pendapatan adalah lebih penting daripada mencari pendapatan...".

Bagaimana menjadikan "liabiliti" sebagai 'ASET'?...

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengirigi kita semua. Amin

Sunday, March 29, 2009

HIDUP ADALAH ANUGERAH....

Salam ceria SKB,

Sudahkah anda merancang untuk 'membina sumber kewangan' bagi menjana kewangan menggantikan sumber pendapatan sekarang apabila bersara kelak? Alangkah bagusnya jika kita dpt "bersara awal, bersara sihat, kaya dan bahagia?".

Pada pendapat saya peribadi, saya tidak berstuju dengan pendapat pakar yang mengatakan kita perlu melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk bekerja sebelum bersara. Maksudnya, jika dilanjutkan ke 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat saya adalah ikhlas untuk membantu, membuka minda, mengubah cara berfikir kita.

Apa yang perlu kita fikirkan adalah satu konsep "multiple streams of income" atau mempelbagaikan sumber pendapatan(untuk membina sumber 'wang', bukan mencari 'wang').
Pakar filosofi perniagaan terkenal di Amerika Syarikat, Jim Rohn,berkata "bina perniagaan secara part-time di samping bekerja secara full-time sehinggalah perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja dengan orang lain" (tentunya dpt memberi peluang orang lain pula mendapat jawatan dan gaji kita, sebelum mereka pula bersara serta memberi peluang kepada yang seterusnya?).

Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya daripada perniagaan.

Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi.
Baiklah, anda cuma ada dua pilihan.

1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna.
2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan "CARA BERFIKIR" untuk masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih terjamin.

Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masa akan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakan untuk memajukan diri anda sendiri sekarang, adalah lebih perit daripada kesusahan yang anda akan lalui semasa memperbaiki diri anda sekarang.

Segalanya telah disediakan, anda hanya perlu "fokuskan minda" ke arah ..."SEKARANG SAYA MAHU HIDUP SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA....". Hanya perlu meniru langkah demi langkah yang mudah menuju 'matlamat".

Sebarang pertanyaan hubingi ; ybredha@gmail.com

Saturday, March 21, 2009

PAKEJ ASAS RAHSIA KEJAYAAN

Salam SKB,

Kami amat berbesar hati untuk berkongsi ilmu kepada sesiapa yang benar-benar ingin berubah, menyampaikan ilmu juga merupakan antara RAHSIA semua ORANG YANG BERJAYA.
Amalan asas sebelum memulakan apa juga agenda perancangan masa depan;-

Langkah 1;

TENANG,

Anda MESTI sentiasa berusaha untuk TENANG. Bagaimana untuk sentiasa tenang? Amalkan amalan berikut;-

- Sentiasa redha, memaafkan dan meminta maaf;
Walau apa pun yang berlaku, sentiasa ingat Allah bahawa pasti ada sesuatu kebaikan yang Allah akan kurniakan sesuai dengan apa yang kita hajatkan.

- Sentiasa bersyukur dan memberi dengan ikhlas;
Bersyukurlah dengan apa seadanya sambil terus berusaha(dengan ilmu) dengan penuh yakin Allah maha kaya lagi maha pemurah.

- Sentiasa berbuat kebaikan;
Berniat ikhlas ketika melakukan apa juga pekerjaan dengan siapa dan apa pun juga. Suka menolong dan bersedekah atau memberi hadiah(menggembirakan)

- Amalkan beribadah dengan kusyuk dan ikhlas serta banyakkan berzikir.

Satu RAHSIA HEBAT yang mesti anda ketahui.
Segalanya akan terjawab dan PEMIKIRAN anda akan BERUBAH, KEHIDUPAN juga pasti BERUBAH!!!....

PENTING!!!..."Hanya yang benar-benar ikhlas mahu kami bimbing sahaja!!!....Kami hanya mahu 6 orang yang mahu kami BIMBING PERCUMA(yang lulus penilaian kami).
(Program bimbingan percuma adalah amal jariah sebagai sebahagian amalan MAGNET REZEKI)

Berikan maklumat anda ke; ybredha@gmail.com

Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, March 18, 2009

KEMBALI KEPADA FITRAH

Salam SKB(sihat,kaya,bahagia),

Saudaraku, kita dijadikan tidak sia-sia, kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa jua yang kita lakukan. Kita berhak memilih untuk mengubah apa yang kita 'mahukan'. Setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah berpunca dari diri kita sendiri dan 'orang-orang' di sekeliling kita. Oleh itu kita sebenarnya saling memerlukan, saling bergantung untuk 'membina kehidupan' yang sejahtera. 'Bersama bersatu minda membina GELOMBANG KESEJAHTERAAN SEJAGAT'.

Satu RAHSIA HEBAT yang mesti anda ketahui. Segalanya akan terjawab dan PEMIKIRAN anda akan BERUBAH, KEHIDUPAN juga pasti BERUBAH!!!....

PENTING!!!...
"Hanya yang benar-benar ikhlas mahu kami bimbing sahaja!!!....
Kami hanya mahu 6 orang yang mahu kami BIMBING PERCUMA(yang lulus penilaian kami).
(Program bimbingan percuma adalah amal jariah sebagai sebahagian amalan MAGNET REZEKI)

Berikan maklumat anda ke; ybredha@gmail.com
Semoga diberkati. Amin...

Sunday, March 15, 2009

BERAPA BANYAK ANDA SANGGUP MELABUR UNTUK ILMU?...

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri.

- apa ilmu yang saya ada untuk hidup SIHAT, KAYA dan BAHAGIA?
- berapa banyak kursus/seminar telah saya hadiri?
- berapa buku telah saya miliki dan berapa kali sudah saya ulang baca?
- apa perbezaan dan kelebihan mereka yang berjaya dengan diri saya?

Satu RAHSIA HEBAT yang mesti anda ketahui. Segalanya akan terjawab dan PEMIKIRAN anda akan BERUBAH, KEHIDUPAN juga pasti BERUBAH!!!....

PENTING!!!..."Hanya yang benar-benar ikhlas mahu kami bimbing sahaja!!!....Kami hanya mahu 6 orang yang mahu kami BIMBING PERCUMA.(Program bimbingan percuma adalah amal jariah sebagai sebahagian amalan MAGNET REZEKI)

Berikan maklumat anda ke; ybredha@gmail.com

Wednesday, March 11, 2009

RAHSIA TERTINGGI KEJAYAAN

Dalam kajian, semua orang yang cemerlang dalam apa juga bidang, telah MEMBACA lebih 100 buah buku dalam bidang masing-masing….
Sebenarnya, asal sahaja kita yakin dan terus berusaha dengan KEBENARAN dan KESABARAN, kita PASTI boleh mencapainya, walaupun ia mustahil pada kebanyakan orang. Anda tidak boleh berpura-pura yakin(atau memaksa diri untuk yakin berjaya). Semestinya ada sebab atau fakta yang menyebabkan perasaan benar-benar yakin, timbul dengan sendirinya.
Kesan NIAT dan TAWAKAL sesungguhnya sangat hebat. Barat mengkaji rahsia ‘tawakal’. Mereka memahaminya dari sudut sains(The Law Of Attraction) dan mempraktikkan dalam kehidupan, menjadikan mereka sangat ‘berjaya’.
Persoalannya apakah rahsia sebenar untuk menjadikanminda anda sehebat mereka, malah sehebat zaman Rasullullah dan para sahabat hingga Dapat Menarik Kejayaan dan kemenangan dalam kehidupan?
Jika anda ingin bertanya kepada saya berkenaan dengan rahsia ini sebenarnya rahsia ini merupakan antara "Rahsia Tertinggi" dalam kehidupan. Ia telah diamalkan oleh ramai orang di luar negara dan ia amat berkesan untuk menjadikan minda anda lebih hebat sehebat orang yang berjaya dengan cemerlang.
"Rahsia Tertinggi" ini merangkumi segala aspek yang anda perlukan untuk menjadikan diri anda lebih sihat, lebih kaya, lebih bahagia. Terlalu banyak seminar mengenainya dengan harga yang mahal.
Kami amat berbesar hati untuk berkongsi ilmu kepada sesiapa yang benar-benar ingin berubah, menyampaikan ilmu juga merupakan antara RAHSIA semua ORANG YANG BERJAYA.

Namun begitu kita tidak boleh mengajarkan ilmu kepada sebarangan orang, mestilah yang 'ikhlas' dan 'layak' agar ilmu tidak disia-sia dan disalah gunakan.

Kami adalah kumpulan yang mengajak dan membimbing masyarakat untuk hidup SIHAT, KAYA dan BAHAGIA dengan konsep 'KEMBALI KEPADA FITRAH".

PENTING!!!..."Hanya yang benar-benar ikhlas mahu kami bimbing sahaja!!!....Kami hanya mahu 6 orang yang mahu kami BIMBING PERCUMA.(Program bimbingan percuma adalah amal jariah sebagai sebahagian amalan MAGNET REZEKI)

Tuesday, March 10, 2009

BIAR KAMI BIMBING ANDA

Kami akan membimbing anda ke arah kehidupan SIHAT, KAYA dan BAHAGIA.

Untuk permulaan ini kami memilih 6 orang sahaja sebagai projek perintis.
Apa yang anda perlu lakukan???...

* Berniat ikhlas untuk hidup SIHAT, KAYA dan BAHAGIA.
* Berazam bersungguh-sungguh untuk mengamalkan AMALAN yang disarankan.
* Ikhlas, jujur dan sabar.

Sekiranya anda benar-benar inginkan kehidupan yang SIHAT, KAYA dan BAHAGIA, dan anda sekarang sedang tercari-cari formula atau bisnes yang ingin anda ceburi, izinkan kami membimbing anda.

"PENTING!!!..."
Hanya yang benar-benar ikhlas mahu kami bimbing sahaja!!!....
Kami hanya mahu 6 orang yang mahu kami BIMBING PERCUMA.
(Program bimbingan percuma adalah amal jariah sebagai sebahagian amalan MAGNET REZEKI)