Tuesday, September 8, 2009

3 PERINGKAT DOA (sambungan 3)


Salam ceria sihat kaya bahagia,

Alhamdulillah syukur, dapat kita meneruskan ibadah puasa dengan aman selesa, cuma terganggu sedikit oleh H1N1 yang tentunya ada hikmah yang patut kita fahami dan syukuri.(tiada sesuatu apa pun yang Allah jadikan sia-sia, bagi orang-orang yang mahu berfikir...).

Kita sambung lagi, 3 PERINGKAT DOA;
Peringkat ke 3:

Doa dimuliakan.
Setelah Allah sempurnakan doa kita(kita mencapai kejayaan)kita semestinyalah menunaikan tanggungjawab seterusnya, seperti membayar zakat, bersedekah, menolong dan menghargai orang-orang yang sepatutnya dan yang lebih penting juga melaburkan sebahagian rezki itu kepada keperluan pembiayaan pengurusan sumber rezki asal(walau pun makan gaji).

Doa kita sudah dimuliakan bermaksud;
Contohnya dalam perniagaan apabila perniagaan tersebut sudah stabil dan berkembang dengan 'sendirinya'. Memberi manfaat kepada ramai orang, ia juga menjadi seperti 'paip rezeki' yang terus mengalir hingga ke anak cucu dan menjadi 'harta jariah' saham akhirat.

Kesan doa dimuliakan apabila di dunia pun kita mendapat pujian dan penghargaan. Mudah-mudahan berlebihan lagi di akhirat hendaknya. Bukankah kita hidup sementara sahaja di dunia ini untuk mencari bekal sebanyak-banyaknya. Maka jadikanlah setiap usaha kita adalah ibadah hanya dengan niat 'Bismillah....' dengan ikhlas untuk membantu sesama makhluk Tuhan(kita adalah Khalifah) kerana Allah, hati kita akan tenang, sentiasa bersemangat, terasa bantuan Allah pasti ada dan jika belum berjaya kita yakin Allah menghendaki yang lebih baik untuk kita. Bukankah pemikiran kita menjadi sentiasa positif dan emosi akan tenang penuh keyakinan yang menurut ilmuan barat melalui hukum 'LOW OF ATTRACTION' akan menjanjikan kejeyaan?

Dengan memahami hukum 'L.O.A' bukankah kita sepatutnya bertambah ghairah untuk kembali mendalami dan menghayati Al Quran dan Hadis. Bukankah 'Idola' terhebat kita sepatutnya adalah Rasullullah SAW dan Sunnahnya patut menjadi amalan kita juga...

Kesimpulannya kita patut berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh dengan ikhlas dan penuh tawakal untuk mencapai tahap tertinggi sehingga doa kita DIMULIAKAN.

Semoga umat Islam kembali 'hebat' memakmurkan dunia yang semakin tenat. Amin....

1 comment:

  1. Assalamualaikum Afnidi,
    Saya setuju dengan pendapat ini. Berdoa bukan sekadar kita memanjatkan pengharapan pada Allah SWT dengan kosong, tetapi juga memerlukan usaha yang gigih setimpal dengan impian dan pencapaian yang diingini. Doa adalah jalan untuk menyempurnakan usaha kita kepada Yang Berkuasa.

    ReplyDelete