Tuesday, September 15, 2009

KEGAGALAN SAHABAT KEJAYAAN?...


Salam ceria sihat kaya bahagia,

Semua orang ingin berjaya dalam hidup. Berjaya di dalam apa juga yang menjadi cita-cita mereka. Ukuran kejayaan juga berbeza antara seorang dengan yang lain. Hidup ini umpama mengejar kejayaan. Sebab itu manusia tidak pernah puas untuk mencapai kejayaan. Sebesar mana pun kejayaan yang telah dicapai tetap ada lagi kejayaan baru yang ingin dicapai.

Apa yang menarik kejayaan, sebenarnya adalah kejayaan-kejayaan terdahulu. Tidak ada kejayaan tanpa dimulai dengan kejayaan-kejayaan 'awal' terlebih dahulu. Kalau begitu apakah sebenarnya permulaan kejayaan?....

Kalaulah ada ‘benih kejayaan’, ia tentunya adalah ‘Impian’(kemahuan). Bermula dengan ‘kejayaan menanam kemahuan', diikuti dengan ‘kejayaan’ menguasai ilmu serta kemahiran, seterusnya kejayaan memulakan usaha, ia akan tumbuh subur hingga akhirnya membuahkan ‘kejayaan’ mencapai ‘impian’. Ia tidak akan berhenti setakat itu sahaja, ia pastinya akan menghasilkan lebih banyak ‘benih-benih kejayaan’ baru dan begitulah seterusnya(sebagaimana maksud DOA DIMULIAKAN). Adakah ianya begitu mudah?

Sebagaimana sepohon pokok yang tumbuh subur, tentunya ia perlu dijaga dan baja dengan sempurna mengikut aturan dan ukuran yang ‘tepat dan tetap’. Sudah tentu proses 'maintain kesuburan' itu memenatkan, perlu kesabaran dan ketekunan tambahan pula ‘baja’ yang diperlukan itu biasanya kotor dan busuk. Kepenatan dan baja yang busuk itulah 'kegagalan'.Kegagalan yang tidak terkendali (melampau/berlebihan) mampu membunuh pohon kejayaan(seperti pohon yang mati kerana terlebih bubuh baja).

Sebab itu ‘Kegagalan’ selalunya menjadi 'musuh ketat' kepada orang yang ingin berjaya, sedangkan ia adalah sahabat atau pasangan yang menjadi 'baja' kepada ‘kejayaan’. Lalu bagaimana kita harus mengendalikan kedua-duanya?

Aduh.... pening juga memikirkannya ye....

Sudah banyak kita membaca tip-tip motivasi untuk berjaya. Panduan-panduan dari sudut pengurusan teknikal dalam sesuatu 'projek' hingga mendapat pengiktirafan dengan keputusan cemerlang. Dengan persediaan yang 'nampaknya' begitu rapi, adakah ia mampu menjanjikan kejayaan?....

Hakikatnya segala yang telah dibincangkan di atas hanya memenuhi 10% sahaja prasyarat untuk berjaya?...begitu kecil?...ya..lalu selebihnya apa?...

Oleh kerana masih ramai yang tidak mengetahui atau gagal mengamalkan rahsia 90% yang menentukan kejayaan, maka ramai yang gagal berkali-kali, akhirnya putus asa(kegagalan menjadi baja yg membunuh pohon kejayaan) untuk meneruskan 'impian'.

Kita sambung lagi ye....
Sementara itu sesiapa yg mengetahui 'rahsia 90%' tu bolehlah share dulu....(berkongsi ilmu).

3 comments:

  1. Assalamualaikum tuan. Terima kasih kerana sering singgah di blog saya.

    post di atas memang menarik, tak sabar rasanya nak tunggu sambungannya..rahsia 90% lagi penentu kejayaan.

    petikan "Tenaga: penjana kecermelangan" adalah dari buku "unlimited power" karangan anthony robbin

    Kalau tuan ada kelapangan, mohon kongsikan impian tuan di ruangan "idea & impian" ye

    Moga bermanfaat kepada semua

    Salam ceria & salam inspirasi


    Fathuri

    "Pemburu impian"

    www.fathuri.com
    www.fathuri.ws

    ReplyDelete
  2. Memang benar. Sahabat paling akrab kepada kejayaan adalah kegagalan itu sendiri. Bahkan syarat kejayaan mungkin juga kegagalan. Bahkan orang-yang hebat kebanyakkannya bermula dengan kegagalan. Mereka bangkit semula untuk membina kejayaan dari kesilapan diri.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, perkongsian anda masih dinantikan....

    ReplyDelete