Sunday, April 12, 2009

SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

SIHAT, KAYA dan BAHAGIA, mudah untuk disebut, mudah jugake?... untuk dilaksanakan?....
Bagaimana jawapan anda?....

Sebenarnya jawapan 'spontan' anda lahir dari 'pengetahuan dan pengalaman' yang sedia ada dalam 'kamus minda' anda. Jawapan spontan itulah jawapan yang kita boleh jadikan ukuran atau penilaian samaada kita 'BOLEH' mencapai apa saja 'perkara' yang diutarakan.

Oleh itu selagi kita tidak melazimkan perubahan 'tanggapan' terhadap sesuatu yang kita inginkan, 'jawapan spontan' adalah jawapan pasti samaada boleh berjaya atau sebaliknya.

Maka itu untuk mengubah 'jawapan spontan' tiada jalan lain melainkan kita mesti bermula dengan banyak membaca menambah pengetahuan dalam bidang tertentu, menambah pengalaman dalam pergaulan kumpulan berkaitan. Lebih banyak atau lebih kerap kita mengulangi sesuatu yang baru, maka lebih cepat 'jawapan spontan' akan berubah. Lebih mudah lagi sekiranya fakta perubahan yang ingin kita lakukan sememangnya mudah dan mampu dilakukan lebih-lebih lagi sekiranya perkara tersebut sesuatu yang mesti, tiada pilihan lain.

"UBAHLAH PELAZIMAN KEMUDIAN LAZIMKAN PERUBAHAN TERSEBUT"
Walau sedikit perubahan yang kita lakukan sekarang, jika berterusan dalam jangka masa panjang ia menghasilkan sesuatu yang "MENAKJUBKAN".

Perubahan lebih mudah jika dilakukan secara berkumpulan(berjemaah).

Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita. Amin.

2 comments:

  1. " kata-kata hikmah tu kalau tak silap ...motto wanita malaysia pertama explore kutub kan...hmmm tak ingat lak namenya...

    ReplyDelete
  2. "Kebajikan yg terbaik ialah menunjukkan cara sehingga orang lain boleh membuat kebajikan juga".
    Sampaikanlah perkara kebaikan walau sepotong ayat....

    ReplyDelete