Wednesday, July 8, 2009

PENEMUAN HEBAT YANG SUDAH DIKETAHUI, TETAPI MASIH RAMAI MENGABAIKANNYA?......


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Kuasa fikiran menentukan hala tuju dan pencapaian dalam hidup kita. Ia menjadi PENEMUAN TERBESAR dalam sejarah sains kemanusiaan iaitu; `Kita akan menjadi seperti apa yang paling banyak kita dan orang-orang sekeliling kita bersangka dan berfikir tentang diri kita’.

- Orang bahagia kerana mereka banyak memikirkan tentang perkara yang membahagiakan.
- Orang berjaya kerana mereka sentiasa bersemangat bila memikirkan bagaimana untuk berjaya.
- Orang yang penyayang gembira dan sentiasa beriaksi dengan kasih sayang serta belas kasihan.
- Orang kaya menjadi semakin kaya kerana mereka begitu ghairah bila memikirkan bagaimana menambah kekayaan dan sangat berminat dan sentiasa sanggup untuk mencari peluang kewangan.

Mari kita mula mengamalkan sekarang juga;-

1. Cari sesuatu yang kita sukakan tentang diri kita. Ucapkan rasa syukur kepada Allah atas kurnianya. Kekalkan rasa syukur dan gembira tersebut selama mungkin (sepanjang masa).
2. Buat sedikit perubahan yang positif terutama berkaitan IMPIAN kita. Ucapkan rasa syukur dengan gembira kerana berjaya melakukan perubahan tersebut dan setiap kali dapat mengulanginya. Lakukan hingga ia menjadi kebiasaan.
3. Baiki kelemahan atau keburukan dan lakukan perubahan walaupun kecil buat dengan rasa gembira. (perasaan gembira itulah sebenarnya kunci kejayaan yang berterusan).
4. Lebih mudah dan menyeronokkan bila kita lakukan secara berkumpulan.

Impian tercapai bukan keranan 'kehebatan dan takdir', tetapi kerana kita telah 'menepati' ketentuan jalan ke arah tercapainya 'Impian'.

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita selamanya. Amin

1 comment:

  1. Salam sejahtera selamanya.
    Suka baca catatan dalam blog nie. Setuju dengan artikel di atas. Tahniah ler di anugerahkan Allah minda yang sihat jiwa yang tenang. InsyaAllah keep in touch always.

    ReplyDelete