Thursday, July 23, 2009

ANTARA BISNES NETWORKING(MLM) DAN SKIM CEPAT KAYA

Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

Sebenarnya, apa-apa perniagaan network (MLM) pun kalau kita hanya mendapat keuntungan daripada KEMASUKKAN AHLI (atau diri sendiri masuk semula) itu dikategorikan sebagai SKIM CEPAT KAYA. Tetapi kebijaksaan programmer meletakkan produk atau perkhidmatan supaya kelihatan seperti perniagaan bagi mengaburi SKIM yang dijalankan.

Secara jujurnya kita boleh menilai sendiri ADAKAH ULANGAN PEMBELIAN ATAU KEMASUKAN SEMULA KERANA KEBAIKAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN ATAU SEKADAR UNTUK LAYAK MENERIMA BONUS?.....sekiranya kerana bonus, bukankah itu SKIM CEPAT KAYA???.....

Program seperti ini berlambak-lambak sama ada online atau ofline. Malah ada yang bertopengkan SKIM AMAL JARIAH dan UMRAH atau HAJI. Apa yang kita bimbangkan adalah kesan negatif yang menjejaskan PERNIAGAAN NETWORK TULEN.

Bagi yang masih keliru yang mana MLM TULEN dan yang mana SKIM asasnya mudah sahaja;

- MLM TULEN tidak mendapat keuntungan daripada penajaan(kemasukan ahli), bonus dibayar berdasarkan jumlah pembelian sendiri dan kumpulan. Keuntungan berterusan hasil daripada langganan berterusan terhadap produk. Namun begitu terdapat juga ahli Syarikat MLM TULEN yang menjalankan SKIM dengan cara membuat PAKEJ PEMBELIAN PRODUK dengan jumlah ditetapkan berserta kemasukan ahli, penekanan untuk mendapat bonus hanya kepada PENAJAAN.

- Manakala SKIM CEPAT KAYA hanya fokus kepada penajaan ahli baru. Alasan yang sering digunakan hanya CARA MUDAH DAPAT WANG, modal kecil(semurah RM10.00), tak perlu meeting, maintain, servis down line, jual barang dan lebih canggih lagi tak perlu cari orang.

Apa yang patut kita bimbangkan sekiranya penyalahgunaan SISTEM NETWORK ini dibiarkan, pihak kementerian ambil jalan mudah dengan MENGHARAMKAN MLM.

Sedangkan MLM adalah satu-satunya peluang bagi orang yang tidak berkemampuan untuk memulakan perniagaan hingga mampu menjadi JUTAWAN. Sama-samalah kita menjaga INDUSTRI ini, saling berkongsi ilmu dan nasihat menasihati untuk kebaikan bersama.

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

1 comment:

  1. salam,

    ya memang betul kebanyakan MLM melatih setiap ahli baru dengan kaedah pembelian (stockpile)untuk mendapatkan kedudukan atau pangkat tertentu. Seterusnya duplicate the same proses al over again. Kelihatan seperti ahli ahli baru yang mengikuti kaedah ini adalah "mangsa" .... sekian my seposen

    ReplyDelete